5 Jahitan Sulaman Asas (Benang dan Riben)

Terdapat berpuluh atau mungkin juga beratus jenis jahitan yang mencorakkan hasil sulaman yang indah. Namun disini cheq buatkan rumusan terdapat 5 jenis jahitan asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu bagi kita yang baru mula hendak belajar menyulam. Malah 5 jahitan sulaman asas ini juga biasa (famous) digunakan untuk produk hasil kerja tangan sulaman pada masa kini.

5 jahitan sulaman asas ini juga sudah cukup untuk menghasilkan suatu hasil sulaman yang indah jika digabungkan dan ditambahkan dengan kreativiti serta kombinasi warna yang menarik. Sulaman benang dan sulaman riben juga sebenarnya boleh digabungkan. Teknik jahitan adalah sama, ia hanya berbeza pada jenis jarum yang digunakan. Jenis jarum berbeza mengikut saiz benang atau riben. Rujuk web umisma untuk maklumat berkaitan jarum.

1. Jahit Lurus (Straight Stitch)

straith stitch straigh stitch

Jahitan paling mudah iaitu jahit lurus (straight stitch) namun boleh menghasilkan kesan yang berbeza mengikut bentuk dan kreativiti.

langkah-langkah:

1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.

2. Kemudian cucukkan benang di "B" dan tarik benang ke bawah. Ulang langkah seterusnya mengikut bentuk yang ingin dihasilkan.

2. Jahit Sulam Riben (Ribbon Stitch)

clip_image001clip_image001[1]

 

Jahitan jenis ini hanya boleh diaplikasikan untuk sulaman riben. Riben pulak haruslah dari jenis sutera "silk ribbon". Jahitan jenis ini membentuk daun dan kelopak bunga yang menarik.

langkah-langkah:

1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.

2. Ratakan riben atas permukaan kain mengikut saiz yang dikehendaki, cucukkan pula jarum di "B" iaitu di tengah riben yang diratakan tadi.

3. Tarik jarum ke bawah perlahan-lahan sehingga riben yang ditarik bersama jarum menembusi riben. Riben akan bergulung seperti gambarajah.

 

3. Jahit Lazy Daisy

clip_image001[9]clip_image001[3]

Biasa digunakan untuk membentuk daun atau kelopak bunga.

Langkah-langkah:

1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.

2. Buat pusingan U dan cucukkan jarum di "B". Seterusnya keluarkan jarum di "C".

3. Tarik benang/riben keluar dari "C".

4. Cucuk jarum di "D" dan tarik benang/riben ke bawah dan ketatkan jahitan.

 

4. Ikatan French (French Knots)

clip_image001[11]clip_image001[5]

Ikatan French sahaja sudah cukup untuk menghasilkan suatu rekaan sulaman yang menarik jika digabungkan serta kombinasi warna yang sesuai. Namun Ikatan French selalu digunakan untuk membentuk tengah bunga.

langkah-langkah:

1. Susupkan jarum dari bawah fabrik di "A" dan tarik benang/riben ke atas.

2. halakan mata jarum ke bawah dan lilitkan benang/riben yang berada di "A" sebanyak 2 atau 3 lilitan.

3. Pegang benang/riben yang dililit pada jarum rapat ke fabrik, kemudian cucuk jarum ke "B".

4. Perlahan-lahan tarik jarum kebawah fabrik keluar dari "B".

5. Matikan jahitan dengan cara menyusup jarum ke jahitan pertama pada fabrik di "A".

5. Jahitan Batang (Stem Stitch)

clip_image001[13]clip_image001[7]

Jahitan Batang biasa digunakan sebagai garisan luar sesuatu bentuk. Ia juga digunakan untuk membentuk batang bunga atau daun.

langkah-langkah:

1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.

2. Masukkan pula jarum di "B" dan susup keluar jarum di "C".

3. Tarik benang/riben keluar dan ulangi langkah seterusnya. Jarak dari "A-C" adalah sama dengan "C-B"

Jika menggunakan riben, kesan berpintal adalah lebih ketara.

 

Nota: Sumber gambar dari www.taunton.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

62 Responses

  1. cheq sue says:

    to kak dee: tq..harap dpt bagi komen selalu…& pls emel me for any query…bye

    to kak ani: buat masa ni belum buka kelas utk sulam riben. cheq-sue sarankan akak klik di link video sulam riben yg cheq-sue dah add kat blog tu.

  2. fatimah says:

    x dak komen cuma ingin bekawan.umur sy 12 thn .sy sngt beminat sulam cejak sy dipilih cikgu aritu.T.q kak sue kerna blog kak suelah menjadi bahan rujukan sy.insyallah 4hari bulan ni gi betandig

  3. cheq sue says:

    to Fatimah: Gembiranya hati cheq-sue bila dpt tahu Fatimah masuk bertanding dan rujuk blog in sbg panduan sulaman manik. cheq-sue teringin sekali melihat hasil sulaman Fatimah tu. Jgn lupa bgtau perkembangan pasal pertandingan tu ya. Good Luck!

  4. cheq sue says:

    to Fatimah: Gembiranya hati cheq-sue bila dpt tahu Fatimah masuk bertanding dan rujuk blog ini sbg panduan sulaman manik. cheq-sue teringin sekali melihat hasil sulaman Fatimah tu. Jgn lupa bgtau perkembangan pasal pertandingan tu ya. Good Luck!

  5. kak mila says:

    salam..best dan terlalu gembira bl terjp web ni..minat lama mekar kembali…tgk2 sebab nak ajar anak murid menjht mg dpn..insy akan kak jdkan sbg teman mengisi masa lapang

  6. lina says:

    Salam, cheq su saya memang minat dgn kerja tangan, saya ingin mempelajarinya, bila agaknya kelas bermula?

  7. nurul says:

    che sue,

    class yang terbaru untuk sulaman manik asas bila ya? dari puase lagi saya dah tunggu :(

  8. Edhem says:

    Cheq Sue..nk tanya artikel jahitan apa yg plg senang dan simple nak buat ek? saya nak ajar student saya belajar menjahit. Dlm syllabus kh, artikel jahitan yg dicadangkan adalah membuat uncang, tp kalau ada artikel jahitan yg lg mudah untuk dihasilkan lg bagus coz student saya ni tahun 6.

  9. marissa says:

    hai semua

  10. ayu says:

    Salam…saya tengah wat kajian mengenai sulaman..
    boley sayew kongsi apew2 info untuk projek nie..

  11. aie says:

    salam…..

    maaf mengganggu…. boleh tmpang tanya x….
    saudari taw x di mana nk cari kain kusyen… tapi x maw ar yang jenis kasar… kalau boleh… nak yang jenis licin… n tapak belakangnya bergetah… cz nk buat bantal ar….

    maaf lagi sekali kerrana mengganggu….

  12. Rita says:

    As Salam, Cheq Su, teruja ye sy bila tgk gambar sulaman reben… cantik bwarna warni… sy nak jg blajar.Sy nak tahu harga buku panduan + alat2 sulaman itu. sy tunggu jwpn drpd Cheq Su,k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>