Manik Lalang Manjalara

IMG_1059

IMG_1060 IMG_1063

IMG_1061

Jahitan manik ini adalah hasil kombinasi jahitan manik lalang dan jahitan manik bunga manjalara. Terdapat beberapa jenis manik yang digunakan disini, antaranya ialah manik beras, manik mutiara dan manik heksagon. Manik lalang ini dijahit bermula daripada kaki baju ke atas. Sesuai bagi yang memakai tudung kerana sulaman yang cantik itu terletak di bahagian bawah atau kaki baju. Cheq juga jahitkan bunga manjalara di lengan baju.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

25 Responses

  1. Cikgu Azleen says:

    Ada amik upah jahit sulam dan manik ke?

  2. cheq sue says:

    Cikgu Azlin: kalau ada yang nak tempah, cheq boleh jahitkan. boleh jumpa cheq kat Medan MARA,Jln Raja Laut.

  3. putri airys says:

    Assalamualaikum…

    sweet laa jahitan manik nie…camne buat? bleh ajar tunjuk cara?

    bleh x cadangkan di mana kedai yg mudah utk dapatkan manik2 utk sulaman yg palbagai n b’patutan harganya di penang (belah pulau, area glugor) ?

    tq…

  4. cheq sue says:

    putri airys: Waalaikumussalam…
    tq. InsyaAllah nanti cheq tunjukan. Selalulah masuk blog ni untuk perkembangan terbaru. Tentang kedai jual manik kat penang, cheq tak surelah….tapi cuba cari kat kedai-kedai jual peralatan jahitan atau kedai bunga mungkin ada jual.

  5. yatie ibrahim says:

    salam, saya ni baru nak belajo…
    peralatan nak menjahit pun tak complete! nak buat bunga lalang tu plan atau nak kena lukis dulu ? lukis guna apa? eraseable pen ke atau apa?

  6. nomi says:

    ellow….bley x bgtau jenis-jenis manik yang ade kat pasaran….agak-agaknya ade brape jenis yer??

  7. cheq sue says:

    nomi: kalau nak tau tentang berapa jenis manik yang ada kat pasaran, nomi boleh layari website ni http://www.beadingtreasure.com. website ni ada jual pelbagai jenis beads & sequins. Harganya pun agak berpatutan. cheq tolong promote free jer nih.

  8. cheq sue says:

    yatie: peralatan utk jahit manik taklah sebanyak jahit riben. Anyway, kalau nak buat jahit apa-apa pun mesti kena ada cukup peralatannya baru boleh mula. Kalau nak jahit bunga lalang manjalara tu memang kena lukis dulu. Seeloknya pakai pen eraseable tu. tapi kalau tak der guna pensel pun boleh, cuma jgn lukis terlalu terang….buat bayang-bayang ajer. Sebab pensel ada karbon…warna hitam tu nanti susah nak tanggal dan mungkin akan merosakkan baju. Kalau dah cekap tu…tak yah lukis kat kain pun ok, yg penting kita plan siap-siap kat kertas….design yg kita nak jahit tu. Harap faham yea.

  9. iena says:

    cheq sue, saya suka la corak ni.. ble ajar ke

  10. cheq sue says:

    Iena: Ok, byk permintaan untuk tunjuk ajar jahit manik lalang manjalara. Untuk lalang tu, kita jahit jelujur ajer. Part bunga ajerlah yg kena ajar step dia. tunggu posting cheq yg akan datang yea.

  11. iena says:

    OK.. SAYANG CHEQ SUE NI, TAK KEDEKUT ILMU… TQ YER

  12. cheq sue says:

    Iena: Oleh kerana Iena dah puji cheq melambung, jap lagi cheq tunjukkan step jahit manik manjalara tu.

  13. iena says:

    tq cheq sue.. nnt siap saya tunjuk yer..

  14. diana yussof says:

    Cheq sue, boleh ajar cara nak jahit bunga ros/bunga dahlia yang timbul guna labuci tu tak?

  15. cheq sue says:

    Diana: Boleh, nanti cheq-sue usahakan yea. oh ya kalau nak tgk cth jahitan manik, cuba klik tajuk beautynthebeads kat blogroll tu. Boleh buat sumber inspirasi.

  16. teen says:

    1st of all nak gtau blog cheq sue nie bgs laa.. sye da siapkan 2baju hanye dgn tgk blog cheq sue nie.. thanks… tp nak tanye skek laa kan… kat ne ek nak bli manik yg murah tp yg jenis b’quality??

  17. cheq sue says:

    teen: terima kasih byk atas penghargaan itu. pasal nak beli manik dgn harga murah….cheq tak pasti. sebab cheq pun beli kat kedai berdekatan dgn opis sahaja. Tak de masa nak jln jauh cari manik murah. Kalau nak cuba boleh cari brand “Miyuki”

  18. teen says:

    ok tq… mmg b4 dis pun bli yg miyuki.. beads jepun kan?? 2 pun bli kat kdai bunge riben… tp nak cri yg murah lg if boley :)

  19. cheq sue says:

    yang penting kualiti dan kepuasan.

  20. afak says:

    jahitan kat bwh baju tu cheq sue lukis dulu ker baru jahit?kalau lukis ngan pensil susah nak ilang la bila basuh…any idea ?

  21. kak long says:

    bengkel jahitan manik tarikhnya bila?

  22. cheq sue says:

    to Kak Long: tarikh utk bengkel tu cheq-sue cadang pada:
    15 Ogos 2008 dan 24 Ogos 2008, boleh pilih nak join tarikh mana? OK

  23. ida says:

    cheq sue..sweet la design ni.agak2 sesuai ke klu wat kat baju kebaya??bole tempah tak?klu bley bape rm yer?
    saya dok areachow kit aje

  24. leen says:

    salam cheq…..boleh x cheq tunjukkan cara buat sulaman manik lalang dan manik beriring nie….teringin nak buat…setakat nie dah cuba manik berpintal dan manik piramid….canteq….thanx cheq sue…..

  25. wann says:

    boleh bagitahu saya manik jenis mana yg paling elok utk jahitan tudung?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>