Lala Masak Pattaya

IMG_1083

Kali ni ada satu lagi resepi istimewa yang cheq nak kongsi kat blog ni. Masakan ni favourite husband cheq. Ia agak simple dan cepat disediakan. Rasanya pun lain daripada yang biasa. Cubalah….

Bahan-bahan:

1/2 kg lala
3 sudu minyak masak untuk menumis
3 biji cili hidup ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 inci halia diketuk
2 batang serai dibelah 4
5 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato/sos cili
3-5 helai daun limau purut
1 biji perahan limau nipis
1 ulas bawang besar
1 biji tomato belah 4
1 gelas air…..ikut kepekatan kuah
daun bawang
garam & gula secukup rasa


IMG_1068 IMG_1071

IMG_1073IMG_1076

Cara-cara memasak:

1.tumis serai hingga wangi
2.masukkan halia dan cili hidup yang telah ditumbuk bersama bawang putih
3. masukkan sos tiram dan sos tomato/sos cili
4. masukkan 1 sudu gula
5. masukkan lala
6. masukkan bawang besar dan daun limau purut, dan kacau rata
7. tutupkan lala dengan tudung kuali selama 2 minit
8. buka tudung kuali…..lala tadi akan terbuka kulitnya dan sebagai petanda ia sudah masak
9. Perahkan air limau nipis
10. masukkan tomato
11. rasa….dan tambahkan garam jika kurang masin (sos tiram memberi rasa masin pada masakan)
12. Hidang dengan daun bawang.

IMG_1074 IMG_1075

IMG_1077 IMG_1078

IMG_1080 IMG_1081

Dah SIAP!

IMG_1082

Oh ya, kalau makan nasi dengan Lala Masak Pattaya ni jangan lupa goreng ikan. Nanti tak cukup lauk pula….maklumlah lala ni lebih kulit dari isi. Susah betul nak jumpa lala yang isinya tembam kat KL nih. OK…Selamat mencuba!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

12 Responses

  1. Amei79 says:

    Nama kerang ni “lala”? byk jual kat pasar tani…tapi sik pernah cuba. mcm anda pandai masak sgt, bahagianya keluarga anda… :)

  2. kak sharifah says:

    Sedapnya…. haa..makanlak dengan nasi panas (beras Bario) pendek kata orang lalu belakang tak nampak.
    Anyway… akak akan cuba masak nanti…

  3. admin says:

    Amei79: yea, siput lala namanya. kalau kat sabah sarawak tentu harganya murahkan. Cheq pun bukanlah expert bab masak memasak ni….tapi untuk ikat hati suami semuanya bermula dengan air tangan isteri. Yang tak pandaipun kenalah belajar…dan jgn lupa mesti belajar masak apa yang suami suka makan.

    kak sharifah: cuba jangan tak cuba. bila lagi nak buat makan-makan kat umah ni? rindulah masakan kak pah…especially karipap & samosa tuh. mee goreng delivery tu pun sedap gak. heheheh

  4. JimieRay says:

    Woww…makanan kegemaran kedua2 anak saya nih…
    Tapi, betul la seperti kata Sue, kulit jer banyak dari isi. Sib baik kulit tu tak bole makan sama… :)

  5. mrozaidi says:

    Hai..Salam Perkenalan..

    Wah..Sedapnya Lala Tu..

  6. cheq sue says:

    JimieRay : lala ni makanan kegemaran suami dan anak cheq ..
    mrozaidi : W’slam :)

  7. Rosli says:

    bila nak buat open house, dah lama tak jumpa dengan juhair ni, sejak dia migrate p KL :)

  8. yana says:

    perghhh… memang sedap.. tak sabar nak cuba tapi nak kena tunggu ujung minggu je… baru boleh pi pasaq he he.. tqvm

  9. cheq sue says:

    Yana: Jangan lupa pergi pasal beli lala yea.

  10. senok says:

    aiii lamo tak make lala goreng kaksue eh….

  11. cheq sue says:

    nak makan, mai la rumah…..jgn lupa beli lala….boleh kak sue masak. bisnes makin maju tu.

  12. ninoZ says:

    kita pun suka buat nih..
    haritu kita buat sotong dgn ketam..
    ade kat sini kalau nak tgk:
    http://cangkirbiru.blogspot.com/2008/11/sotong-kawin-dengan-ketam-di-patayya.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>