Manik Piramid

Manik Piramid adalah antara jenis sulaman manik yang senang dibuat. Untuk baju ni Cheq jahitkan manik piramid pada lengan baju sahaja. Ia juga boleh dijahit dibahagian leher dan kaki baju.

IMG_1064

Bagi menghasilkan jahitan manik piramid ini, Cheq mulakan dengan jahitkan 8 biji manik pada hujung lengan baju, diikuti, 6 biji, 4 biji, 2 biji dan 1 biji. Semuanya ada 5 lapisan manik untuk membentuk sebuah piramid. Piramid kedua cheq gunakan manik yang berlainan warna dan begitulah seterusnya.

IMG_1067

Lekukan pada manik piramid tersebut akan terbentuk dengan sendirinya. Kita hanya perlu menjahitkan manik tersebut lurus dan sama panjang dengan jumlah manik tersebut. Manakala untuk barisan kedua, keluarkan jarum pada selang satu manik barisan pertama tadi.

Maaflah kalau ada yang masih tak faham. InsyaAllah di lain masa Cheq akan pastekan step by step jahitan manik ini. Semua ini untuk yang baru nak mula belajar ajer. Sebab ramai jugak officemate cheq yang minta tolong ajarkan.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

24 Responses

  1. khairul faizah abu bakar says:

    salam…..
    cheq sue, saya minat dgn jahit piramid nie. boleh tak bagi step st persatu..dah cuba, tak menjadi…

    terima kasih

  2. eiy says:

    salam..saya dah try dah teknik camni..best gak la.simple but nice!

  3. cheq sue says:

    eiy: Bagus. senang jer kan. oh ya, kalau tak menjadi tu…mungkin sebab guna manik heksagon. Seeloknya guna manik bulat…tentu akan terbentuk cantik.

  4. Iza says:

    wah nampak menarik..nak cuba gak tp agak2 warna apa yg sesuai utk baju warna hitam (plain)

  5. cheq sue says:

    Iza: Baju plain hitam sgt cantik kalau jahit manik silver+hitam+putih

  6. Iza says:

    tq..dah jahit hitam putih kat bhgn tangan ptg td selepas tgk contoh kat blog nie..mentua ngan anak pun puji cantik…

  7. cheq sue says:

    iza: kalau tak keberatan, emel lah kat cheq….boleh cheq letak kat blog ni utk dikongsi semua pembaca.

  8. jaja says:

    assalamualikum!

    Penat tunggu cheq sue hantaq step jahit manik piramid nie…
    pls..dah jemuih jahit beiring pd lengan baju….

  9. cheq sue says:

    jaja: ya ka…..kesian dok tunggu step jahit piramid ka? senang saja cuma cheq tak dak baju baru nak jahit manik. kalau jaja baca artikel kat atas ni pun cheq rasa jaja dah boleh buat. Ingat, guna manik bulat. mulakan dari bahagian bawah (tapak piramid). mulakan dengan barisan 8 manik, 6 manik, 4 manik, 2 manik dan 1 manik. tentu jadi.

  10. sue says:

    saya nak belajar cara2 jahit manik dkt cheq sue la…ble x…?saya dah try manik piramid ni…alhamdulillah..saya dpt buat …

  11. putri_nian says:

    yelah cheq sue saya pon tak berapa jadi buat manik piramid ni,tapi saya try ok,ape2 pon thanks tunaikan permintaan saya utk pelajari manik piramid ni:))

  12. sue says:

    cheq sue…saya dr kk,tp rasanya dah satu bandar KK ni saya cari buku cara-cara jahit manik…tp x jugak jumpa2..klu ada pun,versi cina…ble tak cheq sue,tlg saya mcm mana nak order buku jahit manik nie…minta tlg jasa cheq sue atau sesapa saja yang baca ni….saya betol2 berminat

  13. cheq sue says:

    sue: cheq boleh tolong belikan cuma kena contact semula cheq buku apa nak dibeli? nak pos kat alamat mana? Harap sue akan emel kepada sue@cheq-sue.com kalau betul-betul berminat. ok

  14. sue says:

    makasih cheq sue….saya dah emel cheq sue…harap sgt dr cheq sue

  15. sue says:

    cheq sue….tlg reply emel saya yer…dan…minta no hp cheq sue sekali ya

  16. cheq sue says:

    sue & norazlina orang yg sama ker? conpius cheq ni.

  17. cheq sue says:

    sue: cheq tak dpt emel dari sue. Harap dapat emel semula

  18. enie says:

    hai cheq sue..sya dah tgk cara cheq sue wat..tapi tak jadi le..jenuh dah test smlm…last2 saya gunting balik…camne yee..saya jahit dulu manik tu lurus2 pastu barisan kedua tu senget jee..saye try 2 pyramid dulu..tapi tak jadi lee..tolong leee..saye cheq sue…pleaseeeeeeeeeeee………

  19. cheq sue says:

    enie: cuba tgk posting cheq-sue yg ajar teknik jahit manik piramid tu. Ikutlah semua step yg cheq-sue bagi InsyaAllah boleh jadi.

  20. cheq sue says:

    nor….nampaknya kenalah buat kelas macam ni. sebelum raya ni InsyaAllah….bolehlah u all melaram dgn baju raya yg dah disulam manik-manik tu…..
    Paling bangga sebab hasil kerja tangan sendiri:)

  21. elly says:

    cam ner nk jahit piramid ni kat leher plak?

  22. cheq sue says:

    to elly: sama saja tekniknya. cuba dulu…ikut spt step yg cheq ajar tuh.

  23. Lin says:

    Salam Cheq Su.. Saya dah cuba dan berjaya buat tapi mungkin tak kemas sebab ini pelajaran pertama saya. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi ajar kami yang memang tak tahu menjahit ni :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>