Mee Kuah Utara Cheq-Sue

IMG_1028

Hari ni cheq nak kongsi resepi mee kuah utara pulak. Cuba jangan tak cuba noooo! sekali rasa pasti nak lagi!

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah – dimayang

3 ulas bawang putih – dimayang

20 tangkai cili kering – dikisar bersama bawang besar & belacan

2 ulas bawang besar

1 inci belacan dipanggang dahulu

1 cawan kacang goreng – dikisar halus

1 kg udang diasingkan kepala, ekor dan kulit

– isi udang digaulkan garam kunyit dan digoreng (hidang semasa makan)

– kepala, kulit & ekor udang dikisar dan diambil airnya

1/2 kg daging direbus

– daging dihiris nipis dan hidang semasa makan

– air rebusan daging masuk dalam kuah

3 sudu besar sos cili

3 sudu cuka makan

3 biji ubi ketang direbus & dikisar

garam & gula secukup rasa

mee kuning

telur rebus

daun bawang, limau kasturi & cili merah

bawang goreng

IMG_1004 IMG_1006 IMG_1013

IMG_1005 IMG_1007 IMG_1008

IMG_1011 IMG_1010 IMG_1022

Cara-cara memasak kuah mee:

1. tumis bawang merah & bawang putih hingga kekuningan

2. masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar & belacan

3. masukkan air udang

4. masukkan air rebusan daging

5. masukkan kacang goreng kisar

6. masukkan sos cili dan cuka

7. masukkan kentang rebus yang telah dikisar

8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa

IMG_1012 IMG_1015 IMG_1016

IMG_1018 IMG_1017IMG_1020

IMG_1021IMG_1023

Cara-cara menghidang:

1. Mee direndam dengan air mendidih selama lebih kurang 5 minit dan ditoskan

2. Hidang bersama udang goreng, telur rebus, daging, daun bawang, bawang goreng dan cili merah

IMG_1025

Dah siap!

IMG_1024

Adam tengah baca doa makan. Tak sabar nak makan mee kuah utara ni.

IMG_1031IMG_1032

Ermmmm………sedapppnyer mummy!

Resepi ini sesuai untuk hidangan semasa majlis rumah terbuka. Kuah yang dimasak cukup untuk 4 bungkus mee kuning.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

14 Responses

  1. kak sharifah says:

    Sedapnyer!!!! nanti akak boleh cuba… Tapi best lagi kalau cheq buat then antar pada akak. Heee…heeee

  2. admin says:

    oh….boleh ajer. Tapi rasanya lagi best kalau akak datang rumah sue masa housewarming nanti. Boleh sue jamu mee kuah utara tu, dengan desert tapai aiskrim lagi!
    mee tu sue bawa ke ofis last week….jamu kawan-kawan wing kita. almaklumlah…dah nak pindah wing sebelah.

  3. wahhh..mee ni pun mcm sedap, ezbiz nak try la weekend nih utk celebrate my dad birthday..mesti dia suka..
    :)

  4. cheq sue says:

    expressbisnes: baguslah tu. selamat pjg umur kpd ayah exbiss

  5. Kak Fid says:

    yummyyyyyyyy…. terliur tengok si Adam tu makan.. Kak Fid mesti try cuti Raye Cina nanti…lepaih nie.. resepi apa lak??

  6. cheq sue says:

    Kak Fid: Resepi ni dari arwah bapa sedara. Memang sedap! nak lagi sedap, kisarkan 2-3 biji telur rebus dan masukkan sekali ke dalam kuah. Mesti terangkat punya! resepi seterusnya …..tungggguuuu

  7. elin says:

    sedapnya.. definitely will try this recipe. kalau saya guna sweet potato gantikan kentang, ada beza tak rasanya?

  8. cheq sue says:

    Sweet Potato tu kalau tak silap cheq ubi keledek ker? cheq tak pernah pulak guna ubi tu….tapi cubalah…..may be lebih sedap dan manis sikit. Pastikan rebus ubi dan blender halus sebelum masukkan dalam kuah.

  9. Fatim says:

    Hmmm…nampak memang sedap. I will try now, tapi kat US ni tak ada belacan, sos cili pun susah nak cari yang halal, anyway thanks

  10. cheq sue says:

    Fatim: cuba modify sikit apa yg ada. Kalau tak menjadi juga kenalah import belacan malaysia.

  11. azee says:

    blm cuba lagi dah sedap…
    mcm mee jawa kat swk ni…
    nak cuba dulu..

  12. ayim says:

    nom….nom…..nom…….dap nyer

  13. mat di penaga says:

    sedap sngguh tengok budak tu makan.mai semangkukr

  14. azlina says:

    ooooooooooooooooo…..sedapnya nak cubalah !cuma jangan x cuba! pasti best..no…hhhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>