Smocking Dress

IMG_0872 IMG_0871

Smocking dress ni cheq belikan untuk baby Aisyah Sofea, tapi belum padan dengan saiz badannya kerana dress ni utk budak 2 tahun. Raya puasa tahun ni bolehlah Aisyah melaram. Dress ni Cheq beli dari butik mydreams.

IMG_0876 IMG_0875 IMG_0874

Inilah salah satu hasil daripada sulaman tangan, nampak sweet sangat bunga bullion rose tu. Bunga dijahit dengan teknik jahitan bullion manakala daun pula dengan jahitan lazy daisy.

Pada badan baju yang berkedut-kedut itulah yang dinamakan jahitan smocking. Untuk membentuk kedutan ni kita memerlukan mesin khas. Kalau nak buat secara tradisional pun boleh tapi perlukan banyak kesabaran. Apabila kain telah dikedutkan, setiap kedutan itu dijahit secara berombak atau bertangga. Apabila siap, ia akan menjadi strechable seolah-olah dijahit dengan getah.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

16 Responses

  1. kak sharifah says:

    bertuah Aisyah cantik sungguh baju raya dia… itulah keistimewaan anak pompuan kerna banyak pilihan baju… nampaknya… mummy kena sulam tampal kartun kat baju Adam lak… baru fair… heee heeee

  2. cheq sue says:

    Baju sulam tampal utk Adam….hmmm tak terfikir pulak! bagus gak idea kak pah tu. InsyaAllah boleh diusahakan.

  3. kakUmi says:

    salam cheq-sue, mabe dah tiba masa untuk belajar buat seni smocking ni, kot?Nanti boleh buat any size yg di inginkan…..kakUmi@embroideredgift

  4. admin says:

    w,salam….kak umi, memang nak belajar sgt….tok guru pun dah jumpa. Bila kak umi mula kelas? cheq teringin nak belajar sulam riben tu. geram sgt tgk hasil sulaman kak umi….cantik-cantik! Secara teori tu adalah sikit-sikit baca kat website, tapi lebih baik kalau berguru….org kata lebih afdal. jgn lupa bgtau cheq yea :)

  5. ninoZ says:

    wahh cheq sue..
    apa habaq?….rajinnya hang nih
    la nih nak buat smocking senang dah cheq sue, dah ade mesin pleater..tak macam dulu2

    pastu kalau nak buat sendiri..la nih bleh beli smocking kit, dah siap semua kain, pola, benang jarum n sebagainya

    ade satu website tu..dia ajo cara nak buat smocking utk di transfer ke t shirt..cute sehhh

    kalau rajin surf kat needle and thread ade byk vidoe yg ajo buat teknik2 sulaman/smocking/kait from a to z
    insyaallah boleh pandai mcm org yg pi belajaq kat cikgu :)
    ilmu ada di mana2.. yg penting kita berusaha mencari sampai dapat :)

  6. cheq sue says:

    terima kasihlah….sudi jugak ninoZ singgah ke blog cheq nih. Nanti kita surf website tuh.

  7. ninoZ says:

    kita baru tau semalam yg cheq sue ada blog…kalau tak dah lama kita mai jenguk :)

  8. yana says:

    memang cun sungguh smocking, kite dah lama berkenan

  9. cheq sue says:

    Yana: Jangan lupa beli untuk Nurin satu. Nak buat sendiri pun lagi bagus. memang cantik dress smocking ni dan boleh pakai lama…sebab baju tu boleh membesar/memeri.

  10. hasmah says:

    cheq sue kat mana nak beli jarum,benang tu semua

  11. cheq sue says:

    Hasmah: Semua tu boleh dapat kat kedai jahitan. tapi kalau susah-susah sangat beli dengan cheq je lah. bagitau je nak apa?

  12. ieza says:

    hai cheq sue sy berminat la nak blajar smocking dress
    kalau nak tempah dari cheq sue bole x?
    1 helai berape harganye yek??

  13. ieza says:

    kalau nak tempah utk baby bole x?
    baby baru 8 bulan…kalau 2 berape harganye cheq sue?
    bukan ape nak tempah utk raye…

  14. Erpha says:

    Salam cheq sue

    Kalau cheq sue nak blajar tentang smocking saya boleh recomendkan buku yang mengajar kita dari 0. Buku ni memang lengkap especially for the beginners. Saya dulu memang zero tentang smocking, selalu memang main tempah dari kedai. Tapi setelah menjalani satu pembedahan 2 tahun lepas, saya mula belajar tentang smocking dan ia merupakan terapi yang terbaik buat saya. Sekarang smocking telah menjadi salah satu cabang bisnes buat saya selain dari menjahit pakaian wanita.
    Cheq sue, it’s good to share our passion. So cubalah cari buku smocking A – Z of Smocking di kedai-kedai jahit sebab buku ni tidak terdapat di kedai-kedai buku biasa… Mungkin cheq sue pun pernah tengok majalah Australian Smocking & Embroidery di kedai-kedai jahitan dan kraftangan. Kalau di Sarawak memang susah nak cari, kalau ada pun hanya sebuah kedai di setiap bandar utama di Sarawak. Smocking juga sesuai menjadi detail pada blaus wanita, t-shirt for boys dan handbag. Cute!

    Ok Cheq sue, good luck in your smocking. Lain kali saya emelkan gambar2 gaun smocking hasil tangan saya untuk kita share sama2. Bye!

    Erpha

  15. sapura says:

    salam..cheq sue..saya ni suka tgk dress smocking ni..mmg cantik..kalo nk belajo by buku tu senang ke..saya ni kena ade tok guru dok sebelah baru leh pandai kot…

    Tapi kalo nk tempah boleh ke..anak saya umo 5tahun? brp ye kosnye?

  16. emah says:

    no komen tapi nak blaja jugak.nk improvekan skil yg sedia ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>