Sulaman Tampal


Pada 5hb Disember 2007 yang lalu cheq ke Penang kerana memberi taklimat Pra-Persaraan kepada peserta-peserta kursus, semasa di Airport Pulau Pinang cheq sempat window shopping dan terpandang t-shirt baby yang sangat cantik kerana kreativiti sulaman tampal pada t-shirt tersebut. Cheq pun minta izin dengan jurujual untuk snap gambar t-shirt tersebut untuk dikongsi dalam blog ni. Sekurang-kurangnya dapat memberi idea kepada kita dan dapat tambah satu lagi koleksi sulaman yang sungguh menarik dan bagi cheq amat mudah kerana hanya menggunakan 2 jenis jahitan tangan iaitu "jahitan lubang butang atau insang pari" dan "jahitan tali air". Apa yang lebih penting ialah kreativiti kita untuk mencorakkan potongan-potongan kain tampal itu untuk menghasilkan suatu motif yang menarik. Ini adalah gambar sulam tampal pada t-shirt tersebut.

Jika dilihat dengan teliti teknik sulaman tampal ini hanya menggunakan perca-perca kain dan disusun cantik membentuk kelopak bunga dan ditambah dengan jahitan tali air sebagai batang dan daun. Manakala untuk mencantumkan perca kain yang telah digunting kepada t-shirt kosong tersebut ialah dengan jahitan lubang butang. Sulaman jenis ini juga boleh dipraktikkan pada kain alas meja, cadar, sarung kusyen dan sebagainya.
Comments
Powered by Facebook Comments


Comments
salam.
saya seorang tenaga pengajar.
bahan saudari sedikit sebanyak menjadi rujukan saya.
dan sekira di izinkan,bahan saudari itu dapat kiranya saya kongsi bersama pelatih saya disini.
syabas dan maju jaya buat saudari
terima kasih
cheq bukanlah pakar dalam sulaman ni, cuma ingin berkongsi pengalaman dan hobi dalam sulam-menyulam nie ..kalau ada cadangan dan pandagan dari pelatih-pelatih tu .. silalah komen dekat blog cheq ni. Mengajar dekat mana?
i like this part because give me some idea to make my child’s dress. amat menarik idea yg bagus. boleh le buat perbaharuan yg lain utk tema raya thn ini.
siti: sharelah idea dress macam mana yg siti nak buat tu. tentu menarik.
salam,saya guru pelatih kemahiran hidup.nak kena buat kerja jahitan sulaman tgn yg asas.org baru nak belajar,mmg kekok sikit.artikel saudari mengenai sulaman asas byk membantu saya.terima kasih dan keep up the good work.
diana: cheq gembira dengar artikel dlm blog cheq ni dpt membantu ramai kawan-kawan especially guru/tenaga pengajar dalam bidang jahitan & sulaman. kalau diana nak tahu byk lagi cuba tgk link kat blogrol cheq, kat situ byk artikel tentang sulaman yg mnjadi rujukan cheq.
huh!comel,mmg comel..dapat lagi satu idea..cayalah cheq sue..tq,tq..
sa8: Kalau dah cuba buat tu nanti emellah gambar kat cheq, boleh kita share atau bagi komen.
banyak sgt info n gmbr2 yg mnarik..bleh x sue dtk kt kolej komuniti bentong,pahang utk mengajar..kalu boleh saya nak jemput dtg..mtak no contact lah leh saya contact dlu
sulaman tampal tue..benang n jarum dia nama aper..cantik lah..
sue x jual ke buku sulaman benang & manik labuci – Rosita Jaafar
buku A-Z sulaman manik-sue gardner