by cheq sue on May 20, 2012


Untuk ilham para peminat crochet @ kait jarum satu.
Kait bunga Ros ini, Cheq Sue telah demokan dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia , RTM1 baru-baru ini. Sejak dari hari itu, pelbagai warna bunga ros telah Cheq Sue buatkan. Ia boleh dilekat pada beg, cekak rambut, pin rambut, pin baju, key chain dan juga pelbagai aksesori lain. Malah bukan sahaja untuk aksesori, ia juga boleh juga dibuat sebagai bunga hiasan atau sebagai bunga telur, door gift dan macam-macam lagi. Diameter bunga ros ini ialah 6cm.
Jika ada yang berminat boleh hubungi Cheq Sue untuk pesanan.

by cheq sue on April 30, 2012

Syukur Alhamdulillah, pada 26 April 2012, 9.35 pagi, sekali lagi Cheq Sue diberi peluang muncul secara langsung di kaca televisyen, kali ini Cheq Sue menerima undangan khas daripada penerbit Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia, RTM1 untuk segmen Seni Kreatif. Terima kasih atas kepercayaan untuk Cheq Sue membuat demo Seni Kait Jarum Satu (Crochet).
Pengalaman sebelum ini dalam siaran langsung “Nasi Lemak Kopi’ O” memang amat membantu dari segi persediaan Cheq Sue untuk berhadapan dengan kamera dan juga mengawal perasaan gugup. Alhamdulillah, apabila sudah bersedia di hadapan kamera bersama pengacara cantik manis, Tazneem…..suasana terasa santai sahaja. Masa kali ini juga lebih panjang….cuma masih tak puas hati kerana tak sempat tunjukkan keseluruhan teknik untuk hasilkan bunga rose crochet tuh.
Buat semua rakan-rakan pembaca blog yang juga mengikuti perkembangan Cheq Sue di http://www.facebook.com/CheqSue terima kasih atas sokongan anda semua. Bagi yang berminat untuk mempelajari seni kait jarum satu (crochet) ini anda bolehlah hubungi Cheq Sue dan mendaftar. Crochet sudah semakin mendapat tempat di kalangan ibu-ibu muda di Malaysia! dan kami juga mempunyai komuniti tersendiri….jom join! Banyak faedahnya terutama untuk mengisi masa lapang juga sebagai terapi bagi meredakan ketegangan.
Antara gambar yang sempat dirakam oleh adik krew SP1M sambil Cheq Sue bersiaran 




Cheq Sue bergambar bersama para pengacara SP1M . Terima kasih atas layanan mesra!
